June 5, 2009
-
Rosli Dhoby
Rosli Dhoby : Cerita Penerbit 3
Dikirim dalam Dokumentari : Rosli Dhobi pada Mei 24, 2009 oleh syirfan
Salam…Baru semalam aku berpeluang untuk melihat promo dokumentari Rosli Dhoby yang akan ditayangkan dalam slot Suatu Ketika awal bulan hadapan.
Ada juga beberapa orang kawan berhantar SMS bertanya tentang apa istimewanya dokumenteri aku kali ini. Susah juga untuk aku menjawapnya kerana dokumentari kali ini terlalu istimewa.
Namun, elemen pertama yang menyentak pemikiran aku bila diberi tugasan ini setahun yang lalu ialah berkaitan dengan umur.
Pada umur 16 tahun, apa yang sedang kita fikirkan? Apa yang sedang kita impiankan? apa yang sedang kita usahakan? Akan yang sedang kita perjuangkan?
Pada umur 16 tahun , ada seorang lelaki yang sudah berfikir tentang kemerdekaan bangsanya. Dia sudah berfikir untuk bangsanya memperoleh hak sama rata dari segala sudut. Dia sudah menimbang tara sejarah yang padanya sudah berat sebelah. Dia juga sudah merencanakan sesuatu yang besar untuk generai selepasnya!
Dialah Rosli bin Dhoby – lelaki berumur 16 tahun dari Sarawak!
ASTRO PRIMA- 7 JULAI 6.30 ptg